Ramadan datang menjenguk
suara-suara hitam
tidak lagi kedengaran
angin sepoi-sepoi perlahan
Sahur menyapa aku dari belakang
senyumnya senyum indah
bangunlah isilah
ala kadar untuk bekal
Dingin air pagi
dingin lagi nafsuku
Damai hati ini
damai lagi puasaku
Ramadan menyeru
riang senyumlah
bukalah tanganmu, sambutlah salamku
diturunkan aku padamu
nikmat bulan semulia bulan
Nafsu pergi datang kembali
tutuplah pintu itu!
aku...bukan lagi hambamu
8 Disember 1999 (9.25pm)
Yang ini aku buat time ramadan 99, tangan terasa gatal, tulis2, keluar la yang ni. nda silap aku masa ini aku d shah alam, boring masa tu.
No comments:
Post a Comment